Home Info How 2 Order Product
Contact Us Search
                                                ..... Assalamualaikum wrbt & Salam Sejahtera...


O Just for Baby
O Kids Zone
O for Mama
O Muslimah
O Gift Idea












telekung sulam, muslim kids apperal, barut, handbag

Website ini khas untuk MAMA-MAMA yang sibuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya dan dalam masa yang sama suka bershopping. Kami memahami anda, sukar untuk bershopping di alam nyata, lebih2 lagi jika bersama anak2. Jadi disini kami menyediakan beberapa  produk yang semestinya menjadi pilihan kami untuk dikongsi dengan mama-mama di luar sana. Diharap produk ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selain itu juga kami ingin berkongsi pengalaman menguruskan rumahtangga samaada melalui pengalaman kami sendiri atau maklumat daripada bahan bacaan. Tetapi ingat, mungkin cara, tips dan panduan ringkas yang ingin kami kongsikan tidak sesuai kepada anda. So, gunakan kebijaksanaan anda.

"Thank you for your Support & Happy Shopping  from Team MLoveS"




Cara elak anak kembung perut
Team MLoveS:  Dah suap anak makan ke belum?
Berdasarkan pengalaman kembung perut berlaku jika anak2 tidak diberi makan pada waktu makan yang sepatutnya. Seringkali berlaku bila membawa anak2 keluar berjalan. Malas nak layan kerenah anak lebih2 lagi jika  anak yang suka makan main2...tension betul la.... MAMA harus disiplinkan diri. Elak berikan anak2 makanan ringan yang mengundang kepada kembung perut.  Seelok2nya kalau berjalan tu bawa bekal untuk anak2, mungkin agak leceh dan rumit tapi apa salahnya bersusah2 sikit. Bukan ker MAMA nak yang terbaik untuk anak2.

Untuk anak2 yang masih bayi, masalah ini seringkali berlaku kepada anak2 yang menyusu botol.
Udara yang berada didalam botol susu masuk sekali kedalam mulut bayi. Anak yang menyusu badan jarang mengalami masalah ini. Susu fresh dari ibu directly masuk kemulut anak dan dengan posisi penyusuan yang betul kembung perut tak berlaku.. insyallah.. Salah satu cara untuk elak kembung perut bagi yang menyusu botol pastikan anda sendawakan anak selepas penyusuan. MAMA yang berkerjaya dan berkemampuan sacrifies sikit beli botol susu yang dapat mengurangkan udara masuk skali, agak mahal, tapi untuk anak apa salahnya. Bagi anak yang berumur kurang 4 bulan atau yang belum boleh meniarap..TeamMLoveS cadangkan pemakaian barut dan bedung. Selain dapat elak kembung perut juga beri keselesaan untuk bayi. Pemakaian barut dan bedung membuatkan bayi terasa dalam pelukan seperti keadaan semasa bayi dalam perut ibu.

Dapatkan barut tradisi dengan sentuhan terkini, khas untuk bayi anda di website kami... Clik Just for Baby 


Tips memasak dengan cepat

Team MLoveS:  Air tangan ibu adalah yang terbaik. Memasak tu tak susah asalkan anda pandai uruskan masa
Kalau nak masak perlu organize/teratur. Buat checklist dalam kepala apa yang perlu anda lakukan mengikut urutan. Antara tips yang perlu diingat dan boleh dipraktikkan:-

1.  First - Jerang nasi, jangan pulak dah siap masak baru nak jerang nasi.
2.  Jika hendak mengoreng - panaskan minyak dengan api yang paling kecil kemudian uruskan bahan yg hendak
     digoreng Cth jika hendak mengoreng ikan. Siang ikan bagi garam & kunyit. bila dah siap pasti minyak dah panas
      terus goreng ikan.


Panduan dan Tips mendidik anak menutup aurat

Team MLoveS:  Didik anak tutup aurat dari kecil dan jangan biasakan mereka berpakaian menjolok mata. Contohnya kalau kita dah biasa pakai baju berlengan pasti tak selesa kalau disuruh pakai baju tanpa lengan atau jika kita biasa pakai seluar atau kain labuh disuruh pakai seluar pendek atau skirt pasti rasa berangin semacam(..pengalaman sendiri..). Pengetahuan agama adalah asas penting yang perlu diberikan kepada anak2. Pastikan anak anda mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Ada segelintir ibubapa yang kesian kat anak penat ke sekolah kebangsaan sampai sanggup tidak hantar ke sekolah agama. Renung-renungkan.

Tips ini adalah untuk peringatan kepada kami juga. So apa lagi jom shopping baju anak2 yang cute2 dan pastinya menutup aurat...clik Kids Zone.


Luahan Rasa
Team MLoveS:  Sedih...kes buang anak semakin menjadi-jadi.

Buat MAMA and of course AYAH : Berikan didikan agama kepada anak anda dan pastikan anda tahu dimana anak anda berada. Jangan mudah beri kebenaran untuk anak tidur dirumah kawan atau sebagainya dan jangan malas untuk jaga anak sendiri. Berikan kasih sayang  dan berdoa semoga anak2 dapat berkongsi perasaan dan masalah dengan ibubapa bukan dengan mereka yang tak dikenali.

Hukum Islam. Dulu masa belajar Team MLoveS pernah berdebat dalam kuliah dengan mereka yang bukan Islam. Kata mereka hukuman sebat dan rejam untuk penzina dalam hukum Islam kejam. Tapi lihat skarang mana yang lebih kejam; hukum Islam atau buang anak yang tidak berdosa. Manusia jadi seperti sampah, mana taknya buang anak  kat tong sampah...kejam dan lebih kejam dari binatang. Team MLoveS tidak mempunyai kuasa, hanya berdoa moga hukum Allah akan tertegak untuk menanggani manusia2 yang dikuasai nafsu.


Homemade Cereal untuk bayi anda (4 bulan)
Team MLoveS:  Berkongsi cara membuat cereal untuk bayi. Berdasarkan pengalaman kadang2 anak allergi jika diberi cereal atau biskut bayi. Jadi Team MLoveS ingin berkongsi cara  untuk menyediakan homemade cereal .

Bahan2
1 cawan beras perang atau beras putih

Cara
1. Basuh dan rendam sekeitka beras
2. Toskan air
3. Jemurkan beras hingga kering ( kalau susah masuk dalam oven, tapi jangan sampai hangit)
4. Blendkan beras hingga halus dan simpan dalam bekas kedap udara.
5.  Bila nak bagi anak, ambil sesudu dan bacuh dengan air kemudian jerangkan dengan api perlahan sehingga campuran kental. Masukkan sedikit gula (option). Macam bubur putih la lebih kurang.Cuma kita pasti yang cereal ini fresh dan tidak mempunyai bahan pengawet.

Tips:  Lihat perkembangan bayi anda sebelum memberikan makanan pejal. Kadang kala ada bayi yang berumur 4 bulan belum sesuai diberi makanan pepejal.  Tanda2 bayi yang sedia diberi makanan pepejal (berdasar pengalaman sendiri) :-

1.  Pastinya telah berumur lebih 4 bulan
2.  Kerap lapar/ Banyak kali meyusu
3.  Gigi mula tumbuh
4.  Teruja/excited jika lihat kita makan


Info dan panduan selepas bersalin

Team MLoveS:  berpantang boleh tapi jangan (over) keterlaluan.

Proses kelahiran menggunakan banyak tenaga dan kehilangan darah.  Kebanyakan pucat dan  lesu. MAMA perlu bijak bukan semua petua yang nenek berikan betul dan berilmiah. Gunakan kebijaksanaan anda. Ambil makanan yang berkhasiat bukan sahaja untuk anda tetapi bayi anda. Bayangkan pada ibu  yang berkerja anda hanya ada 2 bulan full untuk menyusukan bayi anda. Jika anda hanya makan ikan kering maka ikan keringlah yang ada dalam air susu anda. Berdasarkan kajian kualiti air susu bergantung kepada makanan yang diambil oleh ibu. Bukan ker bayi anda sepatutnya mendapatkan yang terbaik. 40 hari dalam tempoh anda berpantang adalah juga 40 hari pertama kehidupan sikecil. Ini adalah masa yang paling penting bukan sahaja untuk MAMA tetapi juga sikecil anda. Dapatkan nutrisi yang berkhasiat untuk memulihkan diri dan juga tumbesaran bayi.

Ayam, ikan, daging boleh dimakan,
begitu juga dengan sayur2an dan buah-buahan cuma perhatikan jika anda ambil dan rasa tak sedap badan, mungkin makanan ini tak sesuai untuk anda, so jangan diulang untuk kali kedua. Minum air secukupnya begitu juga dengan susu. Elak makanan yang pedas dan berempah coz bayi anda akan menanggung akibatnya (cirit). Pelbagaikan resepi  supaya tak boring...ikan bakar, ayam bakar, sup daging/ayam, ikan masak pindang, ayam masak halia etc, etc, etc, nyamaaaaaaaaan baitu.

Team MLoveS:  Tunggu resepi2 menarik dari kami so, sentiasa lawati laman web Mamaloveshopping for updates.

Success

Team MLoveS:  Poem ini especially dedicated to our beloved sister 'Shifa' and our web viewer, semoga dapat menaikkan semangat anda. Just remember; sooner or later the man who wins is the man who thinks he can.

If You Think You Can, You Can

If you think you are beaten--you are.

If you think you dare not--you don't.

If you want to win but think you can't,

It is almost a certain you won't.

If you think you'll lose--you've lost.

For out in the world we find
That success begins with a fellow's will;

It's all in the state of mind.

Life's battles don't always go
To the stronger or faster man;

But sooner or later the man who wins
Is the one who thinks he can.

~~ Author Unknown ~~